Rites of Christian Initiation of Adult (RCIA) BM

INISIASI KRISTIAN DEWASA – IKD

Ringkasan nama: RCIA BM ATAU IKD

Latarbelakang

RCIA BM telah mulai wujud sejak tahun 1982, tetapi pada masa itu ia lebih dikenali sebagai kelas katekumen. Tim Pelayannya terdiri dari 4 orang dari bahagian Bahasa Inggeris. Mereka memberi pengajaran pada setiap minggu berdasarkan format guru-murid. Pada tahun 1985, Sdr. Richard Angkis dari kelas minggu BM telah menyertai Tim Pelayanan ini dan kemudian di lantik oleh Fr. John Lee, Rektor Sacred Heart, untuk mengetuai Tim Pelayanan bahagian BM. Walau bagaimanapun, tenaga pengajarnya masih mejaoritinya dari bahagian Bahasa Inggeris kerana tidak ada sukarelawan dari bahagian berbahasa Malaysia yang menyertainya. Ini disebabkan semua persiapan mingguan diadakan dalam Bahasa Inggeris dan bergabung dengan Tim bahasa Inggeris.

Pada Tahun 1988, Format RCIA, berdasarkan Perjalanan Bersama, telah diperkenalkan di Paroki Sacred Heart. Sdr. Richard Angkis telah dihantar untuk mengikuti Kursus RCIA di Ceras, Petaling Jaya pada bulan September 1988. Selepas itu Format RCIA mulai digunakan di Paroki Sacred Heart dalam semua bahasa. Pada tahun 1989, Sdr. Richard telah mencadangkan kepada Msgr. Cornelius Piong, Rektor Sacred Heart, supaya persiapan bahagian BM dipisahkan dari bahagian Bahasa Inggeris supaya dapat menarik lebih ramai sukarelawan dari bahagian berbahasa Malaysia untuk melayani dalam Pelayanan ini. Cadangan ini telah dipersetujui dan pada tahun 1990 satu retret RCIA telah diadakan, dan lebih kurang 20 sukarelawan telah menyertainya. Ini merupakan satu kematangan dalam pelayanan berbahasa Malaysia untuk menjalankan penginjilan sepenuhnya.

Sejak pada hari tersebut, sukarelawan semakin bertambah dan saling berganti dari tahun ke tahun. Pada hari ini sejumlah 35 sukarelawan yang melayani sebagai Pembimbing RCIA masih aktif pada setiap minggu.

Peranan:

Membantu paderi paroki dalam mempersiapkan:

  1. orang dewasa yang mahu menerima sakramen Inisiasi (Baptis, Krisma, Komuni Suci)
  2. umat dari denominasi gereja lain untuk diterima menjadi anggota penuh gereja katolik.
  3. umat Katolik dewasa yang mahu untuk menerima Sakramen Penguatan
  4. Umat Katolik yang mahu membaharui diri mereka.

Keanggotaan

Ia bukanlah komiti seperti komiti gereja yang lain. Ia adalah kumpulan pelayanan sukarelawan yang melayani sebagai pembimbing yang diperakui oleh Paderi Paroki dan diberi mandat untuk memebri pengajaran agama dalam proses IKD. Sesiapa yang berminat untuk melayani sebagai pembimbing dalam Pelayanan IKD ini bolehlah menghubungi atau menghantar sms: Sdr. Richard Angkis 019 830 4433 (h/p) atau 088-720540 (R) (sebelam malam sahaja) atau e-mail: rmarl217@yahoo.co.uk. Dokumen yang diperlukan untuk menjadi seorang pelayan dalam IKD: Salinan Sijil Baptis, Sijil Penguatan, Sijil Kahwin Gereja (Jika Berkahwin).

Pembaharuan Komitmen

Setiap tahun ahli pelayanan ini membaharui komitmen pelayanan mereka.

Ketua Tim Pembimbing IKD (RCIA)

Ketua pelayanan adalah di lantikan oleh paderi Paroki untuk menyelaraskan perjalanan program sepanjang tahun dan memimpin ahli-ahli dalam TIM berdasarka kepada visi dan misi Paroki dan Diosis. Ketua pelayanan akan menghadiri mesyuarat Komiti Katekatikal Paroki.

Keperibadian Pelayan (Pembimbing)

  1. Sudah menerima Pembaptisan, Penguatan dan Komuni Kudus.
  2. Mempunyai keinginan untuk melayani dan bersedia untuk menbaharui diri melalui proses IKD.
  3. Teguh dalam iman dan mempunyai pengetahuan dalam agama Katolik.
  4. Tidak melanggar hukum kanonika.
  5. Orang yang berdoa.
  6. Mengikuti Misa Kudus setiap minggu.
  7. Mengikuti kegiatan dan program paroki dari semasa ke semasa.

Kegiatan atau Pelayanan Pembimbing

Pertemuan/Sessi Mingguan Bersama Katekumen atau Peserta

Pertemuan Mingguan: Setiap hari Ahad
Masa Pertemuan: 08.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat: Bilik F1, F2, F4, F6, Cermin, F8, Pusat Paroki

Pendaftaran Katekumen atau Peserta

Pendaftaran: Disember – Februari setiap tahun. Pendaftaran juga dijalankan setiap hari Ahad disepanjang tahun.
Masa: 08.30 pagi – 10.15 pagi.
Tempat: Meja Urusetia depan bilik F6, Tingkat Satu, Pusat Paroki.

Dokumen diperlukan semasa pendaftaran

  1. Salinan Asal dan Fotostat
    1. MyKad (warganegara) atau Passport (Bukan Warganegara)
    2. Sijil Lahir
    3. Sijil Kahwin (jika berkahwin)
    4. Sijil baptis (jika dari denominasi yang lain)
    5. Sijil baptis (bagi umat katolik yang mahu menerima sakramen Penguatan)
    6. Sijil cerai (jika bercerai)
    7. Sijil mati (jika kematian pasangan)

    Sumbangan Tahunan

    Sumbangan semasa pendaftaran adalah sebanyak RM10.00 seorang dan sumbangan Tahunan sebanyak RM10.00 seorang yang hendak dibayar setiap bulan Januari setiap tahun

    Kegiatan-kegiatan

    1. Pertemuan Mingguan

      Sesi ini adalah pertemuan pembimbing dengan peserta.
    2. Pertemuan pembimbing

      Sesi ini adalah pertemuan semua pembimbing bagi mempersiapkan sesi hari Ahad.

      Hari: Khamis

      Masa: 08.00 petang

      Tempat: Bilik F2, Pusat paroki
    3. Retret/ Rekoleksi

      Retret atau Rekoleksi dijalankan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun
    4. Kerja Amal

      Melawat rumah kebajikan atau orang-orang yang memerlukan bantuan
    5. Penjangkauan

      Melawat rumah para peserta bagi mengenali lebih mendalah kehidupan peserta dan keluarganya

    Pertanyaan:

    088-224741, 088-223618 (June – Pejabat Paroki)
    019-8304433 (Richard M. Angkis)

    Pentadbiran

    Penaung:Msgr. Primus Jouil, Rektor
    Rev. Fr. Jeffri Gumu, Pembantu rector
    Penyelaras:Richard M. Angkis
    Urusetia:Christina Wong
    Mira Masirah Ahkiew
    Mariana Poyong
    Jesyline Steven

    Pembimbing

    Anthony C. Makinjal
    Apostle Jack Raimin Gunchi
    Celine Kani
    Cosmas Bodon Kaaling (CIC)
    Dicky Lee
    Dexter Chew
    Dominggo D
    Eva S
    Emylin Lowong
    Gunsim Hendrikus
    Hana Lomo
    Herin M
    Ida Michael
    Jennifer Jinurin Taliban
    Juliana Wee
    Jeiry Kando
    James Kando
    Jessica Steven (CIC)
    Lawrence Dominggo
    Lawrence Lakri
    Mariana Talah
    Osnah Binuah
    Philip Francis
    Sabilla Johanis
    Stanley Liaw
    Tascia Johanis
    Welty Gantul
    Zaditah M (CIC)

    Para Pembimbing RCIA/CIC Minggu Paska 31.03.2013, SHC

    Para Pembimbing RCIA/CIC
    Minggu Paska 31.03.2013, SHC

    Para Pembimbing RCIA/CIC Minggu Paska 08.04.2012, SHC

    Para Pembimbing RCIA/CIC
    Minggu Paska 08.04.2012, SHC

    Kegiatan Sepanjang Tahun 2013

    Rekoleksi Katekumen dan Calon Penguatan
    Tarikh: 19 – 20 Januari 2013
    Tempat: Pusat Paroki dan Pace bene Purak
    Tema: Kehadiran Yesus dalam sakramen-sakramen

    pembaharuan

    Pembaharuan Komitmen:
    Semua pembimbing telah membuat pembaharuan komitmen merek auntuk melayani sebagai pembimbing dalam IKD untuk tempoh satu tahun lagi. Sebelum pembaharuan ini dijalankan satu sesi persiapan rohani telah diadakan pada hari Ahad. 27hb. Januari 2013

    Latest News